Friday, October 3, 2008

Mid Valley b4 Raya'08



27 Sept 2008, Kuala Lumpur- Seorang budak lelaki berusia 3 tahun 362 hari bernama Noah Iskandar Bin Kamarudin telah hilang selama beberapa minit di pusat membeli belah Mid Valley Megamall . Kejadian berlaku sekitar pukul 8.30 mlm waktu tempatan. Ibu bapa kanak2 tersebut yang enggan disiarkan nama sebenar mereka memberitahu kejadian berlaku ketika mereka yang pada ketika itu hendak pulang ke rumah setelah seharian bershopping dan berbuka puasa di Mall tersebut mendapati Noah hilang berhampiran pintu masuk utama kompleks tersebut. Bagaimanapun Noah berjaya ditemui semula tidak jauh dari tempat kejadian setelah Babah, Mama, Mak Long dan kakak Asyeen yang kesemuanya bagai 'copot' jantung seketika. Syukur Alhamdulillah dan terima kasih kepada security guard yang menemui Noah dan menghantarnya ke Information Counter. Noah yang ditemui di Information Counter sedang menangis teresak2..kakak Asyin pun yang nangis juga berbisik kpd babahnya mengatakan ia sempat berdoa agar adiknya segera ditemui. Selepas kejadian tersebut, Noah fobia dan enggan bila diajak pergi ke Shopping Complex..sehingga hari ini..esok tak tau lagi..Morale of the story is BERHATI2 LAH BILA BAWA ANAK2 MEMBELI BELAH..KEALPAAN YG SEDETIK BOLEH MENYEBABKAN KEKESALAN SELAMANYA...

No comments: